Thursday, 6 October 2016

Bagai Hidup Semula (Myastenia Gravis)

Mei 2016

Ceritanya bermula pada saat aku pening-pening. Terus buat keputusan nak pegi jumpa doktor. pegila PKU.Doktor cakap aku ada masalah mata dan kena pi check mata.

Pada hari lain aku pi la kedai spekmata dengan bestfriend  aku, shazwani shuhaidi my love. Dah check tu terkejut sebab tinggi la jugak power rabun aku nak seratus lebih jugak... subhana Allah. terpaksa pinjam duit bestfriend sebab time tu pokai giler, dengan inciden kena tipu dek foreigner (takde mood nak cite  detail pasal ni..huhuhu..)

3 hari lepas tu, siap spekmata.bersyukur giler,alhamdulillah  ..macam  hidup semula,dapat mata baru...

tapi nampaknya, ada lagi kesinambungannya

Jun 2016

dah nak abis sem,nak ramadhan plak, wahhh, bulan penuh berkat ni..SUBHANALLAHI BIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL ADZIM.

aku mula rasa lenguh-lenguh badan,

yang first sekali, aku perasan, mulut aku susah nak kunyah makanan time bukak pose, bukan aku je perasan,housemate akupun perasan, kak amal, kak ana, tapi aku bagi reason sakit mulut. kak amal nasihatkanla suruh aku pi jumpa doktor.(jumpa doktor lagi, huhu.. aku cakap dalam hati)

time ramadhan nila masa nak rapat ukhuwah dengan bestfriend, share makanan,sama-sama cari pahala dan redha ilahi.

aku, syuhada, nabilah, ummi, nabila, aina, sama-sama buka puasa kat masjid mardi.. kenangan terindah..masa aku berbuka time tu, kepala rasa berat sangat time nak tunduk suap makanan ke dalam mulut.. nauzubillahiminzalik, Allahu, Allah je tahu macam mana rasanya.

"dalam setiap kesulitan ada kemudahan" kan.. macam Allah berfirman dalam surah al-asr..

time tu da start minggu final exam,kelas ada takde je, bolehla aku rehat2 dekat rumah sambil2 study..masa tu, bila banyak guna tenaga sianghari, malam2 mula rasa berat badan terus baring tidur...
(**time tu memang xexpect pape langsung,ingatkan lenguh2 biasa saja)

26 Jun 2016

dah abis final.... alhamdulillah
tapi start chapter baru,aku pi cari rezeki kat tempat orang

mula kerja di kedaikiosk tudung kak Yda. experience best walaupun bulan puasa time tu... dapat kenalan baru,belaja tentang kehidupan masyarakat negeri lain dan masyarakat melayu muslim yang berbisnes. di situ jugakla aku belaja ilmu bisnes offline, yang sekarang sudah dilupakan orang.. padahal kerja begini sangat mulia kerana kita face to face berinteraksi untuk sama-sama berkhidmat antara satu sama lain....

rasa macam zaman rasulullah SAW, macam-macam ujian dan manisnya ketika berbisnes kann..

bos@kak yda sangat baik, xlokek ilmupengetahuan nya, sama macam suaminya a.k.a abg farid a.k.a bos besar... mereka berdua, walaupun nampak biasa-biasa, tapi dah banyak kerjasama korporat yang mereka lakukan.. subhana Allah..

(**time kerja ni dalam awal2 dua minggu xde pape perubahan lagi, masih biasa-biasa saja lagi...alhamdulillah)

Julai 2016

nak dekat raya da, hati serba salah kat family bila bos cakap raya cuti 3 hari je... sebenarnya jujur aku nak cakap, time tu memang rasa nak berhenti sebab penat sangat, (**time tu memang aku ingat aku penat biasa, tp sebenarnya ada sebabnya..huhu)

No comments:

Post a Comment